AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

BAB AL QURAN
 
 
Bab sifat orang yang membaca Al Quran
عَنْ أَبِى مُوسَى الا شْعَرِىِّ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَثَلُ الْمُؤمِنِ الَّذِى لا يَقْرَءُ الْقُرآنَ مَثَلُ الاتْرُجَّةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ
وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤمِنِ الَذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ
لا رِيحَ لَهَا وَطَعْمَهَا حُلْوٌ
وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ القُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رَيحُهَا طَيِّبٌ
وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ لَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ
لِيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah
(sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak.
dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma
tidak berbau tetapi rasanya manis
Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi
baunya wangi tetapi rasanya pahit
dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah
(sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab enggan sujud
عَنْ عَبْدِ اللهِ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّهُ قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ مَنْ كَـانَ مَعَهُ غَيْرَأَنْ شَيْخًا أَخَذَ
كَـفًّا مِنْ حَصً أَوْ تُرَابٍ فَرَفَعَهُ اِلَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَلْفِينِى
هَذَا قَالَ عَبْدُ اللهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدَ قُتِلَ كَـافِرًا
Dari Abdullah r.a. katanya : " Bahawa Rasulullah s.a.w.
membaca surah An Najmi lalu sujud dan ma'mum pun sujud pula
kecuali seorang tua, ia mengambil segenggam kerikil atau tanah
dan diangkatnya ke dahinya sambil berkata : Cukuplah ini
Kata Abdullah, sesungguhnya kemudian beberapa lama
orang tua itu saya lihat mati terbunuh dalam kekafiran."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab sujud tilawah
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ رُبَّمَا قَرَأَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الْقُرْآنَ فَيَمُرُّ بِالسَّجْدَةِ فَيَسْجُدُ بِنَا حَتَّى اَزْدَ حَمْنَا عِنْدَهُ
حَتَّى مَا يَجِدُ أَحَدُ نَا مَكَـا نًا لِيَسْجُدَ فِى غَيْرِ صَلاةٍ
Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :
Pernah Rasulullah s.a.w. membaca Quran melewati ayat yang
menyebut sujud, lalu beliau sujud dengan kami, sehingga kami
kami terdesak-desak sekitar beliau, sampai ada di antara kami
yang tidak mendapat tempat lagi untuk sujud itu. Kata Abdullah
"Dan sujud ini bukan di dalam sembahyang."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab membaca Quran dengan suara yang baik
عن ابى هريرة انه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم
يَقُوْلُ مَا أَذِنَ الله لِشَئِْ مَا أَذِنَ لِنَبِىِّ حَسَنِ الصَّوْتِ
يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ يَجْهَرُبِهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidaklah sesuatu mendapat perhatian penuh dari Allah,
sepenuh perhatianNya kepada irama yang nyaring dari pembaca Al Quran
terutama jika irama itu dari seorang Nabi yang baik suara"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Asal
Hak cipta Muhammad Khairi. 2006