AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
BAB BERJIHAD
 
 
Bab Amal yang mendekati syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab keutamaan Jihad dan Menunaikan haji
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
 سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَىُّ الا عْمَلِ أَفْضَلُ قَالَ إِيْمَانٌ بِاللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ قَالَ ثُمَّ ماَذَا
قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. ditanya tentang amal yang paling utama, jawab beliau :
"Beriman kepada Allah." Kemudian apa? tanyanya pula ,
jawab beliau "Berjihad pada jalan Allah." Kemudian apa? tanyanya pula :
Beliau mengerjakan haji yang mabrur."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Pahala Berjihad di Jalan Allah
عَنْ أَبِى مَسْعُودِ الانْصَارِىِّ  قَالَ
جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ
فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللهِ
 فَقَال رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمَائَةِ نَاقَةٍ كُلَّهَا مَخْطُومَةٌ
Dari Abu Mas'ud Al Ansari r.a. katanya :
"Datang seorang lelaki (kepada Nabi s.a.w.) membawa seekor unta
betina yang dicap, katanya : "Ini untuk fi sabilillah!
Rasulullah s.a.w. menjawab :
Kerananya nanti engkau akan memperolehi tujuh ratus unta semuanya diberi cap."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab bekerja sedikit pahala banyak
عَنِ الْبَرَاءِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ مِنْ بَنِى النَّبِيتِ
قَبِيلَ مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وَاَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ثُمَّ تَقَدَّمَ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ
فَقَالَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
هذَا يَسِيرًا وَاُجِرَ كَثِيرًا
Dari Bara' katanya :
Datang seorang lelaki dari kaum Bani Nabit satu suku Ansar lalu dia
berkata : "Saya mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa
engkau (Muhammad ) hamba Allah dan Rasulnya"
Kemudian itu dia maju dan berperang, sampai dia terbunuh.
Lalu Nabi s.a.w. berkata :
"Orang ini berkerja sedikit dan banyak mendapat pahala."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Ganjaran perjuangan
عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رِبَاطُ يَومٍ
وَلَيْلَةٍ خَيْرٌ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ
وَاِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيهِ عَمَلُهُ الَّذِى
كَانَ يَعْمَلُهُ وَأُخْرِيَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ وَاَمِنَ الْفَتَّانَ
Dari Salman r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Berjuang untuk pertahanan selama sehari semalam
lebih baik dari puasa dan sembahyang selama sebulan
Kalau dia meninggal, dia tetap menerima pahala serupa
pahala amal yang pernah dikerjakannya
tetap menerima rezeki dan aman dari ujian
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab lima jenis syahid
عَنْ ابى هريرةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى
بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيْقِ
فَأَخَّرَهُ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ فَغَفَرَلَهُ وَقَالَ الشُّهَدَاءُ
خَمْسَةٌ المَطْعُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ
وَالشَّهِيْدُ فِى سَبِيلِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Pada suatu ketika seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan
lalu didapatinya sebatang ranting berduri di tengah jalan.
lalu dibuangnya. Kerananya Allah berterima kasih kepadanya
diampuni Allah dosanya" Selanjutnya Nabi s.a.w bersabda
"Syahid itu lima, orang yang ditimpa penyakit menular (waba')
sakit perut (meninggal kerana melahirkan anak)
mati tenggelam ditimpa runtuhan dan tewas dalam
peperangan di jalan Allah
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
،عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
 قَالَ : " تَضَمَّنَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ مُجَاهِدًا فِي سَبِيلِي
 ، إِيمَانَا بِي وَتَصْدِيقًا بِرَسُولِي
، فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ
 ، أَوْ إِنْ رَجَعْتُهُ أَنْ أُرْجِعَهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ
، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ
، مَا مِنْ عَبْدٍ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَلْمًا
 إِلا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَوْنُهُ لَوْنُ دَمٍ
 ، وَرِيحُهُ رِيحُ مِسْكٍ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ
، لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ
 مَا قَعَدْتُ خِلافَ سَرِيَّةٍ تَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلَكِنْ لا أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلُهُمْ
، وَلا يَجِدُونَ سَعَةً وَيَشُقُّ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنِّي
 ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأُقْتَلُ
 ، ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ ، ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ "
Dari Abu Hurairah r.a. Katanya :Rasulullah s.a.w. bersabda:
 Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya.
Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah,
 maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga
atau akan mengembalikannya semula ke rumah,
beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan.
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya.
 Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat.
 Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi.
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya,
 jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin,
sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah
 tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka
dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu.
 Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku.
 Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya.
 Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh,
lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh,
 kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
Hadis riwayat Muslim
 
 
Bab ganjaran berjihad
عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏
 ‏قَالَ ‏ ‏كُلُّ ‏ ‏كَلْمٍ ‏ ‏يُكْلَمُهُ ‏ ‏الْمُسْلِمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَكُونُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
كَهَيْئَتِهَا إِذْ طُعِنَتْ تَفَجَّرُ دَمًا اللَّوْنُ لَوْنُ الدَّمِ ‏ ‏وَالْعَرْفُ ‏ ‏عَرْفُ ‏ ‏الْمِسْكِ ‏
 
Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. sabdanya:
  Setiap luka yang menegnai seseorang muslim kerana perjuangannya
melawan musuh di medan peperangan
 semata-mata untuk menegakkan agama Allah ( fi sabilillah),
 maka pada hari kiamat nanti luka tersebut tetap sebagaimana keadaannya
 semasa ditikam pada tubuh muslim tadi. Luka itu mengeluarkaan darah,
warnanya sama dengan warna darah, tetapi baunya adalah seperti kasturi.
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab kelebihan berjihad dan mati syahid
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ  صلى الله عليه وسلم
 قَالَ انْتَدَبَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِى سَبِيلِهِ لاَ يُخْرِجُهُ
إِلاَّ إِيمَانٌ بِى وَتَصْدِيقٌ بِرُسُلِى أَنْ أُرْجِعَهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ ،
 أَوْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ ، وَلَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى مَا قَعَدْتُ خَلْفَ سَرِيَّةٍ ،
 وَلَوَدِدْتُ أَنِّى أُقْتَلُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ أُحْيَا ، ثُمَّ أُقْتَلُ ثُمَّ أُحْيَا ، ثُمَّ أُقْتَلُ
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
 "Allah menggembirakan hati orang yang berperang di jalan Allah,
 yakni orang yang berperang semata-mata karena iman kepada Allah dan Rasul-Nya,
 bahwa ia akan kembali membawa kemenangan dan ghanimah,
 atau dimasukkan ke dalam surga. Andaikata tidak menyulitkan umatku,
 niscaya aku akan selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah,
kemudian hidup kembali dan terbunuh, kemudian hidup lagi dan terbunuh pula"
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 Asal
 
Hak Cipta Muhammad khairi. 2006