AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

BAB BERKELUARGA
 
 
Bab berakhlaq baik dengan isteri
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
 أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ
 رواه الترمذى وقال حديث حسن صحيح
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
 “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling bagus akhlaknya.
Dan orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya”.
Hadis Riwayat  Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan shahih
 
 
Bab durhaka kepada suami
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ .
 قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ ،
 وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا
 قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
 
Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
 "Diperlihatkan neraka kepadaku.
Ketika itu aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.
" Seseorang bertanya, "Apakah mereka kufur kepada Allah?"
Rasulullah menjawab, "Mereka kufur kepada suami dan tidak berterima kasih
 atas kebaikan yang diterimanya.
 Walaupun sepanjang masa engkau telah berbuat baik kepada mereka,
 begitu mereka melihat sedikit kesalahan darimu, maka mereka berkata,
 'Aku tak pernah melihat kebaikan darimu'"
Hadis sahih riwaayat Bukhari
 
 
 
وَعَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِى ذُبَابٍ رضى الله عنه قَالَ:
 قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
 ((لَا تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللهِ))
 فَجَاءَ عُمَرُ رضى الله عنه إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم
فَقَالَ: ذَئِرْنَ النِّسَاءُ عَلَى أَزْوَاجِهِنَّ،
 فَرَخَّصَ فِى ضَرْبِهِنَّ
فَأَطَافَ بِاَلِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم نِسَاءٌ كَثِيْرٌ يَشْكُوْنَ أَزْوَاجُهُنّ،
 فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:
 ((لَقَدْ أَطَافَ بِاَلِ بَيْتِ مُحَمَّدٍ نِسَاءٌ كَثِيْرٌ يَشْكُوْنَ أَزْوَاجَهُنَّ لَيْسَ أُولَئِكَ بِخِيَارِكُمْ))
رواه أبو داود بإسناد صحيح
 
Diriwayatkan dari Iyas bin Abdullah bin Abu Dzubab r.a. ia berkata,
 “Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu memukul kaum wanita”.
 Kemudian datanglah Umar RA menghadap Rasulullah s.a.w. seraya berkata,
 “Para isteri sekarang telah berani kepada suami-suaminya”.
Lalu beliau memberi keringanan kepada para suami untuk memukul isteri-isterinya.
Selanjutnya banyak para wanita yang mendatangi Rasulullah
untuk mengadukan perlakuan suami-suaminya,
 maka beliau bersabda: “Sungguh telah banyak para wanita yang datang ke rumah
Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami-suami mereka,
 maka mereka itu (para suami) bukanlah orang-orang yang terbaik di antara kamu”.
 Hadis riwayat  Abu Daud dengan sanad yang sahih
 
 
Bab memberi nama yang baik
عَنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّ أَحْبَ أَسْمَا ئِكُم إِلَى اللهِ عَبْدُ الله وَعَبْدُالرَّحْمنِ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya nama yang lebih disukai  Allah
ialah Abdullah dan Abdurrahman
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab dosa-dosa besar
عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِى الْكَبَائِرِ قَالَ الْشِّرْكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الوَالِدَيْنِ
وَقَتْلُ النَّفْسِ وَقَولُ الزُّوْرِ
Dari Anas r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. tentang dosa-dosa yang besar katanya :
"Menyekutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa
membunuh orang dan berkata dusta".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab berbuat baik dengan ibu berlainan agama
عَنْ اَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِى بَكْرٍ قَالَتْ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِىَ مُشْرِكَةٌ
فِى عَهْدِ قُرَيْشٍ اِذْ عَا هَدَ هُمْ فَاسْتَفْتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلعم
يَا رَسُولَ اللهِ قَدِمَتْ عَلَيَّ أُمِّى وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُ أُمِّى
قَالَ نَعَمْ صِلِى أُمَّكِ
Dari Asma binti Abu Bakar r.a. katannya :
"Ibu saya datang kepada saya dan dia seorang musyrik diwaktu kaum Qureisy
mengadakan perjanjian damai dengan Nabi. Lalu saya meminta keputusan kepada Rasulullah s.a.w.
dan mengatakan : "Ya Rasulullah s.a.w. ! Ibu saya datang, dia ingin hendak bertemu dengan saya.
Bolehkah saya mengadakan hubungan dengan ibu saya?
Nabi s.a.w.  menjawab: "Ya Boleh! Hubungilah ibumu."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab bersedekah untuk ibu yang meninggal
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِى صلعم فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ
اِنَّ أُمِّى افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَاَظُنُّهَا لَوْ تَلَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ
اَفَلَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Dari Aisyah r.a. (menceritakan)
"Bahawa ada seorang lelaki menemui Nabi .s.a.w. dan menanyakan : "Ya Rasulullah!
Sesungguhnya ibu saya meninggal dengan tiba-tiba dan dia tiada berwasiat.
Saya menduga kalau dia bisa berbicara tentu dia akan bersedekah.
Apakah dia akan memperoleh pahala, kalau saya menggantikannya?"
Nabi menjawab : "Ya (memperolehi pahala)".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab amalan yang tidak baik
عَنِ الْمَعْرُورِ قَالَ لَقِيتُ أَبَا ذَرٍّ بِالرَّبَذَةِ ،
 وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ ، وَعَلَى غُلاَمِهِ حُلَّةٌ ، فَسَأَلْتُهُ عَنْ ذَلِكَ ،
 فَقَالَ إِنِّى سَابَبْتُ رَجُلاً ، فَعَيَّرْتُهُ بِأُمِّهِ ،
 فَقَالَ لِىَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم
- يَا أَبَا ذَرٍّ أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ ،
 إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ ، جَعَلَهُمُ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ ،
 فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ ،
 وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ ، وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ ،
 فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
Dari Al-Ma'rur bahwa ia berkata, "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabadzah.
 Beliau dan hamba sahayanya mengenakan pakaian (mantel) yang serupa.
 Kemudian saya bertanya apa sebabnya mereka mengenakan pakaian yang serupa.
Abu Dzar menjawab, 'Aku pernah memaki seseorang dengan menghina ibunya.
 Lalu Nabi s.a.w.: berkata kepadaku, "Wahai Abu Dzar,
apakah kau memaki dia dengan menghina ibunya?
Rupanya masih ada dalam dirimu sifat-sifat jahiliyah.
 Para hambamu adalah saudara-saudaramu yang Allah titipkan di bawah tanggungjawabmu.
 Oleh karena itu, barangsiapa memiliki hamba sahaya,
 hendaklah hamba sahaya itu diberikan makanan yang dimakan
 dan diberi pakaian yang dipakai serta janganlah mereka dibebani dengan pekerjaan
yang berada di luar kemampuan mereka.
 Jika mereka terpaksa mengerjakannya maka bantulah mereka."
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Asal
Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006