AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
 
ADAB BUANG AIR
 
Bab dilarang buang air mengadap qiblat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولُ الله
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ
اِذَا جَلَسَ أَحَدُكُم عَلَى حَاجَتِةِ
فَلاَ يَسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ وَلا يَسْتَدْبِرْهَا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda
Rasulullah s.a.w. : "Apabila kamu duduk akan buang
air maka janganlah menghadap/membelakangi qiblat
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab pegang kemaluan
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ أَبِى قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
لا يُنْسِكَنَّ أَحَدُكُم ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَقُولُ
وَلا يَتَمَسَّحْ مِنَ الخَلاءِ بيَمِينِهِ
وَلا يَتَنَفَسْ فِى الا مَاءِ
Dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya, kaanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Janganlah seseorang memegang kemaluannya
dengan tangan kanan diwaktu buang air kecil beristinja' dengan tangan
kanan dan bernafas digelas diwaktu minum"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab mendahulukan kanan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يُحِبُّ الْتَّيَمُّنَ
فِى شَأْنِهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ
Dari Aishah katanya : "Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan
yang sebelah kanan dalam segala halnya; umpamanya
memakai sandal , bersisir dan bersuci.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab tempat larangan baung air
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ أَنَّ رَسُولً اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّم قَالَ اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ قَالُوا وَمَا
اللَّعَّا نَانِ يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ الَّذِى يَتَخَلَّى
فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Jauhilah dua perkara yang menyebabkan caci maki orang iaitu
buang air pada jalan umum atau tempat orang bernaung".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
عَنْ حُذَيفَة قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِى صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّم فَانْتَهَى اِلَى سُبَاطَةِ قَومٍ فَبَالَ
قَائِمَا فَتَنَحَّيْتُ فَقَالَ اَدْنُه فَدَ نَوتُ حَتَّى قُمْتُ
عِنْدَ عَقِبَيْهِ فَتَوَضَّأَه فَمَسَعَ عَلَى خُفَّيْهِ
Dari Huzaifah katanya : "Pernah aku berjalan beserta Nabi s.a.w.
beliau berhenti ditempat pembuangan sampah, lalu ia buang air kecil
sambil berdiri, aku pun menyingkir : Beliau berkata : "Mendekatlah!"
Aku pun mendekat dan berdiri dibelakangnya, setelah selesai, Nabi
berwudhu' dengan menyapu atas dua chufnya".
Hadis sahih Riwayat Muslim
 
 
Bab tempat larangan buang air
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النتَبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ لا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِى المَاءِ الدَّا ئِمِ ثُمَّ يَغْسِلُ مِنْهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s,a,w, :
"Janganlah buang air kecil salah seorang di antara kamu pada air yang
tergenang, kemudian ia mandi di dalamnya".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلا مَرَّوَ رَسُول اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَبُولُ فَسَلَّمَ فَلَمْ يَرُدُّ عَلَيْهِ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : Bahawasanya seorang leleki lewat pada
Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang bung air kecil, lalu lelaki itu
memberi salam kepada beliau tetapi tidak dijawabnya.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Asal
Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006