AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
Bab Faraid
 
 
Bab berwasiat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَئٌ يُرِيْدُ يَوصِى فِيْهِ
يَبِيْتُ لَيْلَتَيْنِ اِلاّ وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kewajiban seorang muslim yang mempunyai sesuatu (harta)
yang hendak diwasiatkannya, dua malam kemudian
hendaklah wasiat itu telah ada ditangannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
 
Bab pemberian
عَنْ جَابِرِ ابْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّمَا رَجُلٍ أُعْمِرَ عُمْرَى لَهُ وَلِعَقِبِهِ
فإِنَّهَا لِلَّذِى اُعْطِيَهَا لا تَرْجِعُ إِلَى الَّذِى اَعْطَاهَا
لأنَّهُ اَعْطَى عَطَاءَ وَقَعَتْ فِيهِ الْمَوَارِيْثُ
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang diberikan sesuatu kepadanya suatu pemberian,
maka pemberian itu manjadi miliknya dan untuk warisnya,
kerana barang itu telah menjadi milik orang yang menerimanya
dan ia tidak akan kembali kepada orang yang memberikannya
Orang yang memberikan telah memberikan barang itu kepada
yang menerima dan kepada warisnya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab bersedekah menggantikan ibu
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ اَنَّ أُمِّي
افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا
لَوْ تَكَلَمَتْ تَصَدَّقَتْ أَفَلَهَا اَجْرٌ
اِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Dari Aisyah r.a. mengatakan :
Bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
dan bertanya : "Ya Rasulullah ! Sesungguhnya ibu saya telah
meninggal dunia dan tidak berwasiat. Saya mengira kalau dia
bisa bicara tentu akan menyuruh saya bersedekah.
Apakah dia beroleh pahala, kelau saya bersedekah
menggantikannya?" Nabi s.a.w. menjawab : "Ya !".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab perkara yang berguna selepas mati
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ اَنَّ أُمِّي
افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا
لَوْ تَلَلَمَتْ تَصَدَّقَتْ أَفَلَهَا اَجْرٌ
اِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah amalannya
selain dari yang tiga; Sedekah jariah, ilmu yang dimanftaatnya
dan anak yang soleh yang mendoakannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Wasiat Rasulullah s.a.w.
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ قَالَ سَاَلْتُ
عَبْدَ اللهِ بْنَ أَبِى أَوْ فَى هَل أَوْصَى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ لاَ قُلْتُ فَلِمَ كُتِبَ عَلَى الْمُسْلِمِيْنَ
الْوَصِيَةُ أَوْ فَلِمَ أُمِرُوْا بِالوَصِيَّةِ قَالَ
أَوْصَى بَكِتَابِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ
Dari Talhah bin Musarrif  r.a. katanya :
"Saya bertanya kepada Abdullah bin Abu Aufa :
"Adakah Rasulullah s.a.w. berwasiat?" Dia menjawab : "Tidak !"
Saya bertanya lagi : Mengapakan wasiat itu diwajibkan kepada
kaum Muslimin atau mengapakah mereka disuruh berwasiat?"
Dia menjawab : "Beliau s.a.w. mewasiatkan (berpegang teguh)
dengan Kitab Allah 'Azzawajalla".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab meninggalkan harta pusaka
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ اِنْ عَلَى الأَرْضِ مِنْ مُؤمِنٍ
اِلاَّ أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِهِ فَاَيُّكُمْ مَاتَرَكَ دَيْنَا أَوْصَيَاعًا
فَاَنَا مَوْلاَهُ وَأَيُّكُمْ تَرَكَ مَالاً فَإِلَى الْعَصَبَةِ مِنَ كَانَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Demi Tuhan diri Muhammad dalam kuasaNya
Setiap orang yang beriman yang ada dimuka bumi
Akulah orang yang paling dekat kepadaNya.
Sebab itu sesiapa saja diantara kamu yang meninggalkan hutang
atau anak dan keluarga miskin, akulah penjaganya.
Tetapi siapa diantara kamu yang meninggalkan harta
diberikan kepada keluarganya, siapa yang ada".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab menjaga pusaka
عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اَمْسِكُوا عَلَيكُمْ اَمْوَا لَكُم وَلاَ تُفْسِدُوهَا فَإِنَّهُ مَنْ
اُعْمِرَ عُمْرَى فَهِىَ لِلَّذِى اُعْمِرَهَا حَيَّا وَمَيِّتًا وَلِعَقِبِهِ
Dari Jabir r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Peliharalah dengan baik harta yang diberikan kepada kamu
dan janganlah kamu biarkan rosak, kerana sesiapa yang memberikan
suatu pemberian, maka pemberian itu menjadi milik orang yang
menerima pemberian, di masa hidupnya dan sesudah matinya untuk warisnya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab lakasanakan hukum faraid
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اَقْسِمُوا الْمَالَ بَيْنَ أَهْلِ الْفَرَائِضِ عَلَى كِتَابَ الله
فَمَا تَرَكَتِ الْفَرَائِضُ فَلأَوْلَى رَجُلٍ ذَلَرٍ
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bagilah harta pusaka kepada yang berhak menurut faraid
sesuai dengan kitab Allah. Kelebihan dari pembahagian menurut faraid
diberikan kepada seorang lelaki yang paling dekat (dengan yang meninggal)
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Asal

Hak Cipta ©Muhammad khairi. 2006