HADITH-HADITH BAB ISTIJAK
 
 

AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
 
BAB ISTINJA'
 
 
 
Bab tidak beristinja'
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
 مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ
فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ
وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ
قَالَ فَدَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ
ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا
ثُمَّ قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya :
"Sewaktu Nabi s.a.w. lalu tas dua kuburan baru,
beliau s.a.w. berkata :
"Bahawa dua orang ini sedang disiksa oleh kerana
kesalahan yang biasa dianggap ringan; salah satau keduanya
tukang fitnah dan yang lain tidak beristinja' dari kencingnya"
Kata Ibnu Abbas lagi : "Kemudian Nabi s.a.w meminta pelepah kurma
dan dibelahnya dua kemudian dipancangkannya kepada kubur
dan dibelahnya dua kemudian dipancangkannya
di atas kubur masing-masing sambil berkata :
"Mudah-mudahan keduanya dapat keringanan selama
pelepah ini belum kering
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab dilarang memegang kemaluan dengan tangan kanan
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 لاَ يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ
وَلاَ يَتَمَسَّحْ مِنْ الْخَلاَءِ بِيَمِينِهِ وَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ
Dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Janganlah seseorang memegang kemaluannya dengan tangan kanan
diwaktu buang air kecil beristinja' dengan tangan kanan dan
bernafas digelas waktu minum."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلَا يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ
Dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Jika ada dari anda memasuki tandas tidak menyentuh kemaluannya dengan tangan kanannya
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab jangan buang air di air yang tenang
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
 عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah :
"Janganlah buang air kecil salah seorang diantara kamu
pada air yang tenang, kemudian ia mandi di dalamnya
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab beristinjak dengan air
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 دَخَلَ حَائِطًا وَتَبِعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ هُوَ أَصْغَرُنَا
فَوَضَعَهَا عِنْدَ سِدْرَةٍ فَقَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَاجَتَهُ فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ
Dari Anas bin Malik, katanya :
"Rasulullah s.a.w. masuk kedalam sebidang kebun, dikuti oleh seorang anak
yang membawa kendi dan anak itu terkecil di antara kami dan kendinya itu
diletakkan di bawah pohon sidir, setelah Beliau s.a.w. menyelesaikan hajatnya (buang air)
maka keluarkan ia kepada kami dan beliau beristinja' dengan air'.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Asal

Sejak 2 Oktober 2006

Hak cipta Muhammad Khairi. 2006