bab bersuci
 
 
 

AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
Himpunan Hadith bab bersuci - Janabah
 
 
Bab tidur dalam janabah

عَنْ عَاـشَةَ اَنَّ رَسُوُلُ الله صَلَّى الله وَسَلَّمَ
كَانَ اِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَجُنُبٌ تَوَضَّأَ
 وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ قَبْلا أَنْ يَنَامَ

Dari Aishah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w.  apabila hendak tidur sedang ia dalam junub,
beliau berwudhu' lebih dahulu sepeti wudhu' akan sembahyang
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mandi wajib
عَنْ عَائِشة قَالتَ
 كَانَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَ
اِذَا اَغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ يَبْدأُ فَيَغْسِلُ فَرْخَهُ يَدَيْهِ
ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِيْنِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ
ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ
ثُمَّ يأخذ الماءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى أُصُولِ الشَّعْرِ
حَتَّى اِذَا أَرَأى اَنْ قَدِ اسْتَبْرَأَ حَفَنَ عَلَى رأَسِهِ ثَلاثَ
حَفَنَاتِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرجَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ
Dari Aishah r.a. katanya : "Adalah Rasulullah s.a.w.
apabila mandi junub dimulainya dengan membasuh dua tangannya,
kemudian dituangkan air dengan kanannya bahagian kirinya
lalu dibasuh kemaluannya
kemudian berwudhu' seperti wudhu' akan bersembahyang.
Kemudian diambil air sambil memasukkan jarinya ke akar rambut
hingga basah seluruhnya,
disauknya air tiga kali untuk kepalanya
kemudian diratakan air keseluruh badannya,
akhirnya beliau membersihkan dua kakinya.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab umur baligh
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ عَرَضَنِى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
يَومَ أُحُدٍ فَى القِتَالِ وَاَنَا اِبْنُ اَرْبَعَ
عَشْرَةَ سَنَةً فَلَمْ يُجْزِنِى وَعَرَضَنِى
يَوْمَ الْخَندَقِ وَأَنَا اِبْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ
سَنَةً فأجَازَنِى
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. memeriksa saya ketika perang Uhud
untuk ikut berperang, sedang saya berumur baru empat belas tahun
Beliau tidak mengizinkan saya untuk ikut beperang. Dan
beliau memeriksa saya ketika perang Khandak, saya telah
berumur lima belas tahun. Beliau mengizinkan saya
untuk ikut berperang
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab basuh tangan apabila bangun tidur
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ اِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُم مِنْ نَوْمِهِ فَلا يَغْمِس يَدَهُ
فِى الا نَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لايَدْرِى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab membersihkan air mani
عَنْ عَائِشَةَ فِى الْمَنِىِّ قَالَتْ كُنْتُ أَفْرُكُهُ
مِنْ ثَوْبِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
Dari Aishah r.a. (tentang air mani) katanya : "Adalah aku
membersihkan kain Nabi s.a.w. yang terkena air mani dengan
menggosok-gosoknya tanpa air."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab menyuci kain
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِهَابٍ الْخَوْلا نِىِّ قَالَ
كُنْتُ نَازِلأً عَلَى عَائِشَةَ فَاحْتَلَمْتُ فِى ثَوْبَىَّ
فَغَمَسْتُهُمَا فِى الْمَاءِ فَرَأَتْنِى جَارِيَةٌ لِعَائِشَةَ
فَأَخْبَرَتْهَا فَبَعَثَتْ اِلَىَّ عَائِشَةَ فَقَالَتْ مَا حَمَلَكَ
عَلَى مَا صَنَعْتَ بِثَوْبَيْكَ قَالَ قَلْتُ رَأَيْتُ مَا
يَرَى النَّائِمُ فِى مَنَامِهِ قَالَتْ هَل رَأَيْتَ فِيْهِمَا
شَيْئًا غَسَلْتَهُ لَقَدْ رَأَيْتُنِى وَاِنِّى لأَ حُكُّهُ
مِنْ ثَوَبِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَابِسَا بِظُفُرِى
Dari Abdullah bin Sihab r.a. katanya : " Pada suatu malam aku
bermalam dirumah Aishah isteri Nabi s.a.w. , kemudian aku
bermimpi dan basah dua helai kainku, pakaian itu segera kucuci
dengan air. Perbuatanku terlihat oleh pesuruh Aishah dan
diceritakannya kepadanya, maka segera aku dipanggil oleh
Aishah lalu berkata : "Mengapa anda basuh kainmu?" Jawab
Abdullah : "Aku bermimpi melihat yang biasa dilihat orang
waktu tidur." Tanya Aishah : "Adakah engkau lihat pada pakaianmu
sesuatu?" Jawabku : "Tidak!". Kata  Aishah : "Kalau engkau
lihat sesuatu hendaklah engkau basuh dengan air, saya ingat
bahawa pernah saya mengorek barang itu setelah ia kering
dari pakaian Rasulullah s.a.w. dengan kuku aku.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mendahulukan kanan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ
Dari Aisyah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala hal
umpamanya memakai sandal, bersisir dan bersuci
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab berjima' tidak keluar mani
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم
قَالَتْ اَنَّ رَجُلا سَاَلَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
عَنِ الرَّجُلِ يُجَامِعُ أَهْلَهُ ثُمَّ يَكْسِلُ هَلْ عَلَيْهِمَا
الْغُسْلُ وَعَائِشَةُ جَالِسَةٌ فَقَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
إِنِّى لأ فْعَلُ ذَلِكَ أَنَا وَهذِهِ ثُمَّ نَغْتَسِلُ
Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Sesungguhnya ada seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
tentang seorang lelaki yang berjima' dengan isterinya,
kemudian itu dia lemah (tidak keluar mani), wajibkah dia mandi?
Ketika itu 'Aisyah sedang duduk dekat Nabi s.a.w.
Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Sesungguhnya aku memperbuat pula serupa itu,
aku dan orang ini ('Aisyah) , sesudah itu kami mandi."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mendahului kanan ketika mandi junub
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنَّا اِذَا أَصَابَتْ اِحْدَ انَا
جَنَابَةٌ أَخَذَتْ بِيَدَ يْهَا ثَلاثًا فَوقَ رَأسِهَا
ثُمَّ تَأخُذُ بِيَدِهَا عَلَى شِقِّهَا الا يْمَنِ
وَبِيِدِهَا الاُ خْرَى عَلَى شِقِهَا الا يْسَرِ
Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Kita ini apabila seseorang daripada kita berjanabah
maka ia mengambil dengan kedua tangannya tiga kali
untuk dibasuknan di atas kepalanya, kemudian mengambil air
dengan tangan yang satu untuk dituangkan pada belahan
kepalanya yang bahagian kanan dan mengambil air lagi
dengan tangannya yang lain untuk dituangkan pada
bahagian sebelah kiri"
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab Mandi telanjang
قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Bahaz berkata dan meneriman dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia"
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab Wanita bermimpi bersetubuh
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أُمِّ المُؤمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ
جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ اَمْرَأَةُ أَبِى طَلْحَةَ
اِلَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَتْ يَا رَسُولُ اللهِ, إِنَّ اللهَ لاَ يَسْتَحْيِى
مِنْ الْحَقِّ هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ اِذَا
هِىَ اَحْتَلَمَتْ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ, اِذَا رَأَتِ الْمَاءَ
Dari Ummu Slamah r.a. Ummul mukminin
sesungguhnya telah berkata :
"Ummu Sulaim iaitu isteri Abu Thalha datang ke tempat
Rasulullah s.a.w. lalu berkata :
"Sesungguhnya Allah itu tidak malu dari apa-apa yang
merupakan kebenaran yakni sesuatu yang hak (benar).
Jika perlu ditanyakan wajiblah ditanyakan sekalipun
nampak memalukan. Apakah seseorang wanita itu
wajib mandi jika ia mimpi bersetubuh?"
Dijawab Rasulullah s.a.w. :
"Ya, apabila ketika bangun tidurnya ia melihat air mani
yang keluar darinya."
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab Orang berjunub berjalan-jalan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ حَدَّثَهُمْ أَنَّ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ
فِى اللَّيْلَةِ الْوَاحِدَةِ وَلَهُ يَوْمَئِذٍ تِسْعُ نِسْوَةٍ
Dari Anas bin Malik r.a. ia memberitahu kepada mereka (sahabat)
bahawasanya Nabi s.a.w. pernah berkeliling yakni
memberi giliran kepada para isterinya dalam satu malam
sedangkan beliau pada ketika itu mempunyai sembilan isteri.
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab menyucikan air mazi
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
 كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي
 أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ
فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
Dari Alii r.a. katanya :
"Saya lelaki yang banyak mengeluarkan mazi dan saya
malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah s.a.w
kerana ia mertuaku, maka saya menyuruh Miqdad bin Aswad
menanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Jawab (Nabi s.a.w) : Dibasuhnya kemaluannya kemudian berwudhulah
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Nabi s.a.w. bangun dan tidur kembali
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
 أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَقَضَى حَاجَتَهُ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ نَامَ
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Sesungguhnya Nabi s.a.w. bangun pada malam hari lalu ia buang air
 kemudian membasuh muka dan dua tangannya lalu tidur kembali"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Asal 
Hak Cipta Muhammad Khairi. 2007