AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

BAB JUAL BELI
 
Bab jangan berebut membeli dan meminang
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلا يَخْطُبُ
عَلَى خِطْبَةِ أُخِيْهِ اِلا اَنْ يَأْ ذَنَ لَهُ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah seorang membeli barang
yang dibeli oleh saudaranya dan janganlah meminang perempuan
yang dalam pinangan saudaranya, kecuali kalau telah diizinkan
(oleh peminang yang pertama)
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab jangan berebut menawar
عَنِْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَّ
لا يَسُمِ الْمُسْلِمُ عَلَى سَوْمِ أَخِيْهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah seorang muslim
menawar barang yang sedang ditawar saudaranya
Hadis sahih riwayat Muslim
 

Bab perkara-perkara terlarang

عَنِْ أَبِى هُرَيْرَةَ
ان رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
نَهَى عَنِ التَّلَقَى لِلرُّكْبَانِ وَأَنْ يَبِيْعَ حَا ضِرٌلِبَادٍ
وَأَنْ تَسْأَلَ الْمَرْأَةُ طَلَقَ أُخْتِهَا وَعَنِ النَّجَش
ِ وَالتَّضْرِيَةِ وَأَنْ يَسْتَامَ الرَّجُلُ عَلى سَومِ أَخيهِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang menyongsang penjual yang datang
dari dusun (di luar pasar), untuk membeli barangnya,
melarang orang kota membeli barang dari orang dusun
(sebelum orang dusun itu mengetahui harga pasaran),
melarang seorang perempuan menuntut kepada suaminya
supaya madu diceraikan, menawar dengan harga yang mahal
(untuk menarik pembeli supaya membelinya dengan harga
yang mahal), menipu, membesarkan bendala (tidak diperah
selama beberapa hari) dan menawar barang ketika
sedang ditawar oleh saudaranya."

Hadis sahih riwayat Muslim

 
Bab etika jual beli
عَنِْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يُتَلَقَّى الرُّكْبَانِ لِبَيْعٍ وَلا يَبِعْ بَعْضُكُمْ
عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلا تَنَا جَشُوْاوَلا يَبِعْ
حَاضِرٌ لِبَادٍ وَلا تُصِرُّوا الإ بِلَ وَالْغَنَمَ
فَمَنِ ابْتَا عَهَا بَعْدَ ذلِكَ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظِرَيْنِ
بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا فَإِنْ رَضِيَهَا أَمْسَكًهَا
وَاِنْ وسَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِنْ تَمْرٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak boleh menyongsang
penjual yang datang dari dusun untuk membeli barangannya,
tidak boleh membeli barang yang sedang dibeli kawannya,
tidak boleh menipu, jangan orang kota membeli barang
orang dusun (memborong untuk menaikkan harga pasaran),
jangan membesarkan bendala onta dan kambing (tidak
diperah beberapa hari supaya dianggap orang banyak
susunya) , dan jangan sesiapa yang membelinya sesudah itu
dia boleh memilih antara dua pendapat yang dipandangnya
baik sesudah diperahnya : Kalau dia suka diteruskan
jual beli dan kalau dia tidak suka dikembalikannya bersama
satu gantang korma (pembayaran susu)
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab jujur dalam urusan jual beli
عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا
وَبَيَّنَا بُورِلَ لَهُمَا فِى بَيْعِهِمَا وَإِنْ لَذَبَا
وَكَتَمَا ُمحِقَ بَرَلَةُ بَيْعِهِمَا
Dari Hakim bin Hizam r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w bersabda : "Dua orang yang melakukan jual beli
boleh memilih (diterusan jual beli atau tidak) selama keduanya belum berpisah.
Kalau dia berlaku jujur dan menjelaskan (buruk baik barang jualan ),
 keduanya memperoleh berkat dalam jual beli.
Tetapi kalau dia berdusta dan menyembunyikan (cacat
barang jualan) , dihilangkan keberkatan jual beli itu."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab menjual anjing, melacur dan ahli tenung
عَنْ أَبِى نَسْعُودٍ الانْصَارِىِّ ا
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
نَهَى عَن ثَمَنَ الْكلَبِ وَمَهْرِ الْبَغِيِّ وَحُلْوَانِ الْكاهِنِ
Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang (membayar dan
menerima) wang penjualan anjing, bayaran perempuan lacur dan
bayaran ahli tenung (tukang tilik)"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab keuntungan berucuk tanam
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا اِلا كانَ
مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ
صَدَقَةٌ وَمَا اَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَلَهُ
صَدَقَةٌ وَمَا اَكَلًتِ الطَّيْرُ فَهُوَلَهُ
صَدَقَةٌ وَلايَرْزَؤُهُ أَحَدٌ اِلا كانَ لَهُ صَدَقَةٌ
Dari Jabir r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap Muslim yang menanam
pohon, maka setiap buahnya yang dimakan orang
penanamnya memperoleh pahala sesekah.
Yang dicuri orang, penanamnya juga memperoleh
pahala sedekah. Yang dimakan binatang, penanamnya
memperoleh pahala sedekah. Yang dimakan burung,
penanamnya memperoleh pahala sedekah.
Yang diambil orang, penanamnya juga
memperoleh pahala sedekah.

Hadis sahih riwayat Muslim

 
Bab bersumpah hilangkan berkat
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأنْصَارِىِّ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِيَّا كُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِى الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ يَمْحَقُ
Dari Abu Qatadah Al Ansari r.a. katanya
Rasululullah s.a.w. bersabda :
Jauhilah banyak bersumpah  dalam jual beli
kerana bersumpah itu menyebabkan banyak barang laku
tetapi berkatnya hilang
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab tidak boleh ada penipuan 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ رَجُلٌ لِرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اَنَّهُ يُخْدَعُ فِى الْبُيُوعِ فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
مَنْ بَا يَعْتَ فَقُلْ لاَ خِلاَبِةَ فَكَانَ اِذَا بَايَعَ يَقُولُ لاَ خِيَابَةَ
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa
ditipu dalam jual beli. Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Kepada siapa engkau melakukan jual beli , ucapkan :
"Tidak boleh ada penipuan "
lalu kepada siapa yang berjual beli dengan dia selalu diucapkannya :
"Tidak boleh ada penipuan."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Asal 

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006