AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
 
BAB BERKAHWIN
 
Bab seruan Nabi s.a.w. agar pemuda berkahwin
عَبْدَ اللهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ
فَأِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَأِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : Hai para pemuda ! Siapa
di antra kamu yang sanggup memikul tanggung jawab perkahwinan,
hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menahan pandangan
dan memelihara kesopanan (kesucian). Tetapi siapa yang tidak
sanggup, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsunya".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab doa kepada pengantin
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ تَزَوَّجَنِى النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَاَتَتْنِى اُمِّى
فَاَدْ خَلَتْنِى الدَّارَ. فَاِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الاَ نْصَارِ
فِى الْبَيْتِ . فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ وَعَلَى خَيْرٍ طَائِرٍ
Dari Aisyah r.a. berkata : Setelah Nabi s.a.w. mengahwiniku,
kemudian aku datang kepada ibuku, Beliau memasukkan aku ke dalam
rumah. Tiba-tiba beberapa perempuan Ansar sudah ada dirumah
dan mereka mengucapkan "Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan
dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Abu Daud
 
 
Bab berwudhu' semula sebelum berjimak lagi
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى قَالَ قَالَ
 رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يَعُودَ فَليَتَوَضَّأْ
Dari Abu Said Al Qudri r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Apabila telah bersetubuh sala seorang daripada kamu
dengan isterinya , kemudian ia akan berbuat lagi,
maka hendaklah ia mengambil wudhu' terlebih dahulu
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mandi sekali
عَنْ أَنَسِ أنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ بِغُسْلِ وَاحِدٍ
Dari Anas r.a, katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. menggiliri isteri-isterinya
dengan sekali mandi"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
عَنْ عَبْدِالرَّحْمنِ اَبْنِ أَبِى سَعِيْدٍ الْخُدْرِىِّ
عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَوْمَ الاثْنَيْنِ اِلَى قُبَاءَ حَتَّى اِذَا لُنَّا فِى بَنِى سَاِلْمٍ
وَقَفَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى بَابِ عِتْبَانَ فَصَرَخَ بِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّإِزَارَهُ فَقَالَ
أَعْجَلْنَا الرَّجُلَ فَقَالَ عِتْبَانُ يَارَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَرَأَيْتَ الرَّجُلَ يُعْجَلُ عَنِ آمْرَأَتِهِ
وَلَم يُمْنِ مَاذَا عَلَيْهِ قَالَ رَسُولُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّمَا الْمَاءُ مِنَ الْمَاءِ
Dari Abdurrahman bin said al Kudri r.a katanya :
 
 
 
Bab isteri yang menjauhi suami
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا بَاتَتِ الْمَرْأَةُ هَاجِرَةً فِرَشَ زَوْجَهَا
 لَعَنَتْهَا الْمَلائِكَةَ حَتَّى تُصْبِحَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang isteri diwaktu malam menjauhi tempat tidur suaminya
dia dikutuki oleh Malaikat sampai pagi."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab larangan dedah rahsia rumah tangga
 عَنْ أَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِى قَال َقَالَ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
الرَّجُلُ يُفْضِى إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِى إِلَيْهِ يَنْشُرُ سِرَّهَا
Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling buruk keadaannya disisi Allah pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang bergaul rapat dengan isterinya,
dan isterinya bergaul rapat dengannya
dan kemudian lelaki itu menyiarkan rahsia isterinya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab kutukan ke atas isteri yang enggan
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَال َقَالََ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَلَمْ تَأْتِهِ
فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا الْمَلائِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang suami memanggil isterinya supaya tidur bersama dengan dia
tetapi dia tidak mahu datang dan semalaman suami marah kepada isterinya,
Wanita itu dikutuki oleh Malaikat sampai ke pagi."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab empat perkara ketentuan Allah
 قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ اَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِى بَطْنِ اُمِّهِ اَرْ بَعِينَ
يَومًا نُطْفَةً . ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ .
ثُمَّ يَكُونَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيْهِ
الرُّوْحُ وَيُؤمَرُ بِاَرْ بَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ
وَاَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِىِّ اَوْ سَعِيْدٍ
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya seseorang di antara kamu terhimpun kejadian dalam
perut ibunya 40 hari sebagai air mani, kemudian segumpal darah
seperti itu, kemuduan segumpal daging seperti itu,
kemudian ditiupkan roh kepadanya dan ditentukan empat kalimat
rezekinya , ajalnya, amalnya, baik atau buruknya.
 
 
Bab berdoa sebelum jimak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ اِذَا اَرَادَ أَنْ يَأتِىَ أَهْلَهُ
قَالَ بِاسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ
مَا رَزَقْتَنَا
فَإِنَّهُ اِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ
فِى ذَلِلَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ اَبَدًا
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kalau sekiranya sesorang hendak bercampur dengan isterinya
dan dia membaca : "Ya Allah ! jauhkan kiranya syaitan dari kami
dan jauhkan syaitan dari (anak) yang Engkau berikan kepada kami"
Kalau ditakdirkan kerana itu keduanya beroleh anak,
nescaya syaitan tidak dapat membahayakan anak itu buat selamanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Asal
Hak cipta ©Muhammad Khairi. 2006