AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
 BAB LELAKI
 
 
Bab mencelup uban
وَعَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيْرِيْنَ قَالَ
سُئِلَ أَنَّسُ بْنُ مَالِكٍ عَنْ خِضَابِ
رسول الله صلى الله عليه وسلم
فَقَالَ إِنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم
لَمْ يَكُنْ شَابٌ إِلا يَسِيرًا
وَلكِنَّ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ بَعْدَهُ خَضَّبَا بِالْحِنَاءِ وَالْكَتَمِ
 
Dari Muhammad bin Sirin, ia berkata kepada Anas
pernah ditanyakan kepada semirin rambut Rasulullah s.a.w.
lalu ia menjawab : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak beruban
kecuali sedikit, tetapi Abu Bakar dan Umar sesudahnya
mencelup dengan inai dan kattan. (Kattan hampir serupa dengan inai)
Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim
 
 
Bab Sunah memakai dua kain dalam
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ سَأَئِلا سَأَلَ
النَّبِى صلى الله عليه وسلم
عَنِ الصَّلاةِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ
فَقَالَ أَوْ لِكُلِّكُمْ ثَوبَانِ
Dari Abu Hurairah r.a.
Sesungguhnya seorang pernah bertanya kepada
Nabi s.a.w. tentang sembahyang dengan
memakai satu kain, lalu Nabi s.a.w menjawab :
"Apakah tiap-tiap kamu mempunyai dua kain?"
Hadis riwayat jumhur ulama hadis kecuali Termizi
 
 
 
 
Bab menutup aurat
عَنْ بَهْزِ بْنِ حَلِيمٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ
قَالَ قُلتُ يَا رَسُولُ الله عَوْرَتَنَا مَا تَأتِى مِنْهَا وَمَا تَدَّرُ؟
قَالَ اِحْفَظْ عَورَتَكَ اِلا مِن زَوْجَتِلَ اَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُلَ
قُلتُ فَاِذَا كَانَ الْقَومُ بَعْضُهُمْ فِى بَعْضٍ؟
قَالَ اِنِ اسْتَطَعْتَ اَنْ لا يَرَا هَا اَحَدً فَلا يَرَيْنَهَا
قَلْتُ فَاِذَا كَانَ اَحَدُنَا خَالِيًا؟
قَالَ فَالله تَبَرَكَ وَتَعَالَى اَحَقُّ اَنْ يُسْتَحْيى مِنْهُ
Dari Bahz bin Hakim dari ayahya ,dari datuknya, ia berkata
Aku bertanya : "Ya Rasulullah , mana aurat-aurat yang harus kami tutup
dan kami biarkan? Nabi s.a.w. menjawab :
"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu dan hamba-hambamu"
Aku berkata (Bagaimana) kalau kaum itu sebahagian mereka bercampur
dengan sebahagian? Nabi s.a.w. menjawab:
Kalau engkau dapat yang sekiranya seorang itu pun tidak melihatnya
maka janganlah ia sekali-kali melihatnya.
Aku bertanya : "Bagaimana kalau salah seorang itu kami sendiri?"
Nabi menjawab :
"Allah itu lebih berhak dimalui"
Hadis riwayat Iman yang lima kecuali Nasai
 
 
Bab paha adalah aurat
وَعَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَحْشِ قَالَ
مَرَّسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
مَعْمَرٍ وَفَخَذَاهُ مَكْشُوْفَتَانِ فَقَالَ يَامَعْمَرُ
غَطِّ فَخَذَيْكَ فَاِنَّ الْفَخَذَيْنِ عَوْرَةٌ
Dan dari Muhammad bin Jahsy, ia berkata :
Rasulullah s.a.w. melewati Ma'mar ,
sedang kedua paha Ma'mar dalam keadaan terbuka
Lalu Nabi s.a.w. bersabda : Hai Ma'mar
tutuplah kedua pahamu itu kerana sesungguhnya
kedua paha itu adalah aurat
Hadis riwayat Ahmad dan Bukhari
 
 
Bab Larangan (lelaki) memakai sutera
عَن عمرَ بْنِ الْخَطَاب قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
لا تَلْبَسِ الْحَرِيْرَ فَإِنَّ مَنْ لَبِسَهُ فِى الدُّنْيَا
لَمْ يَلْبَسْهُ فِى الأخِرَةِ
Dari Umar ibnu Al Khatab r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w.. :
"Janganlah kamu memakai sutera , kerana orang yang memakainya di dunia
tidak akan memakainya di akhirat"
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim
 
 
 
Bab lelaki menyerupai wanita
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
إِنَّ النَّبِى صلى الله عليه وسلم قال
لَعِنَ الرَّجُلُ يَلْبَسُ لُبْسَ الْمَرْأَةُ
وَالْمَرْأَةُ تَلْبَسُ لُبْسَ الرِّجَلِ
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
"Dilaknat orang lelaki yang memakai pakaian wanita
dan wanita yang memakai pakaian lelaki"
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Bukhari
 
 
 Asal
Hak Cipta Terpelihara. 2006 Muhammad Khairi