AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
 
 
 
Bab minuman yang dihinggapi lalat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
قَالَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ
ثُمَّ لْيَطْرَحْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً وَفِي الآخَرِدَاءً
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Apabila lalat hinggap dalam minuman salah seorang di antara kamu
maka celupkanlah seluruh (tubuhnya), kemudian angkatlah lalat itu
kerana pada salah satu sayapnya mengandungi penawar dan
yang lainnya mengandungi penyakit
Hadis sahih riwayat Ahmad , Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Majjah
 
 

Bab memberi nafkah

عَنْ سَعْدٍ بِنْ أَبِيْ وَقَّاصٍ
أَنَّ رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِيْ بِهَا
وَجْهَ اللهِ اِلا أُخِرْتَ عَلَيْهَا
حَتّى مَا تَجْعَلُ فِى آمْرَأَتِكَ
Dari Saad bin Abu Waqqas r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda
"Sesungguhnya kamu tidaklah memberikan sesuatu nafkah yang
dengan itu kamu mengharap keredhaan Allah, melainkan
kamu diberikan pahala atas nafkah yang kemu berikan itu,
sehingga sesuatu yang kamu berikan untuk makanan isterimu
yakni memberi afkah makanan kepada isteri itupun ada pahalanya.
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
Bab tikus masuk dalam makanan
‏عَنْ ‏ ‏مَيْمُونَةَ ‏ ‏أَنَّ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ‏سُئِلَ عَنْ فَأْرَةٍ سَقَطَتْ فِي سَمْنٍ فَقَالَ ‏ ‏خُذُوهَا وَمَا حَوْلَهَا فَاطْرَحُوهُ
Dari Maimunah bahawa sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
pernah ditanya mengenai seekor tikus yang jatuh ke dalam minyak sapi,
 kemudian beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
 ” Ambil saja tikus itu, juga minyak yang ada di sekelilingnya supaya kamu buangkan,
jadi minyak sapi yang masih ada di bekasnya itu tetap suci dan boleh dimakan.”
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
 
 
 
Asal

Hak cipta ©Muhammad Khairi. 2006