AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

 
BAB NERAKA
 
Bab siksa neraka yang paling ringan
عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ
سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِ
لَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ
يَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni neraka pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya,
yang mendidih otaknya kerana kepanasan".

Hadis sahih riwayat Muslim

 
 
Bab kaum yang berdosa dimasukkan ke dalam syurga jua
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهَا فاِنَّهُمْ
لا يَمُوتُونَ فِيهَا وَلا يَحْيَوْنَ وَلَكِنْ
نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُو بِهِمْ
أَوْ قَالَ بِخَطَا يَا هُمْ فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً
حَتَّى اِذَا كَا نُوا فَحْمًا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ
فَجِئَ بِهِم ضَبَائِرَ ضَبَائِرَ فَبُثُّوا عَلَى
أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيلَ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ
أَفِضُوا عَلَيْهِم فَيَغْبُتُونَ نَبَاتَ الْجَنَّةِ
تَكُونُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ
Dari Abu Sa'id katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Bahawa penghuni neraka
yang abadi, selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup
menderita. Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar
dosanya, kemudian dimatikan, setelah itu menjadi arang,
datanglah pembelaan. Golongan itu dibawa sekelompok-
sekelompok lalu diserahkan ke dalam sungai syurga,
kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan
dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah
arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang
terdampar di bawa oleh air bah".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab bapa di dalam neraka
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلا قَالَ يَا رَسُولُ اللهِ
اَيْنَ أَبِي قَالَ فِى النَّارِ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ
فَقَالَ إِنَّ أَبِى وَأَبَاكَ فِى النَّارِ
Dari Anas b Malik, katanya : "Berkata seorang laki-laki
kepada Rasulullah s.a.w. katanya : "Dimana tempat bapa saya?"
Jawab Nabi s.a.w. "Di dalam neraka!. Setelah orang itu berbalik,
Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi seraya berkata :
"Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam api neraka".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab perintah menyelamatkan diri dari api neraka
عَنْ أَبِى هُرَيرَةَ قَالَ لَمَّا أَنْزِلَتْ هذِ
 اِلا يَة وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الا قَرَبِينَ
دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلّيْهِ وَسَلَّم
قُرَيْشًا فَاجْتَنقعُوا فَعَنَّ وَخَصَّ فَقَالَ يَابَنِى
كَعْبِ بْنِ لُؤَىٍّ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَابَنِى مُرَّةَ بْنِ كَعْبِ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَابَنِى عَبْدِ شَمْسٍ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَابَنِى عَبْدِ مَنَافٍ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَابَنِى هَاشِمٍ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَابَنِى عَبْدِ النُطَّلِبِ أَنْقِذُوا أَنْفُسَكُم مِنَ النَّار
يَا فَاطِنَةُ أَنْقِذِى نَفْسَكِ مِنَ النَّار
فَاِنِّى لا أَنْلِكُ لَكُم مِنَ اللهِ شَيْئًا
غَيْرَ أَنَّ لَكُمْ رَحِمًا سَأَبُلُّهَا بِبِلالِهَا
Dari Abu Hurairah ra. katanya : "Takala turun ayat :
"Peringatkanlah sanak familimu yang karib"
Rasulullah s.a.w. pun memanggil kaum Quraisy.
Setelah mereka hadir, beliau pun mengarahkan pidatonya
terhadap umum dan terhadap sanak saudara sendiri.
Kata Rasulullah s.a.w. : "Hai banu Ka'ab bin Luai!
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Murrah bin Ka'ab,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Abdu Syam,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Abdulmuttalib,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai Fatimah,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa dihadapan
Allah kelak, cuma tuan-tuan itu memang keluarga saya,
jadi saya hanya dapat berhubung baik kepadamu
selama di dunia ini sahaja.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab paman Nabi s.a.w. di neraka
عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِالْمُطَلِبِ أَنَّهُ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلّيْهِ وَسَلَّم
هَلْ نَفَعْتَ أَبَاطَالِبٍ بِشَئٍ فَاِنَّهُ كَانَ يَحُوطُكَ
وَيَغْضَبُ لَكَ قَالَ نَعَمْ هُوَ فِى ضَحْضَاحٍ
مِنْ نَارٍ وَلَولا أَنَا لَكُانَ فِى الدَّرْكِ
الأَ سْفَلِ مِنَ النَّارِ
Dari Abbas bin Abdul Mutalib katanya
kepada Rasulullah s.a.w. : "Adakah bermanfaat kepada
Abu Talib sesuatu dari pemeliharaannya dan pembelaannya
kepadamu?" Jawab Rasulullah s.a.w. ; "Ya, dia di dalam api
tetapi hanya ke mata kakinya, jika tidaklah kerana
pembelaannya kepada saya, nescayalah ia di dalam dasar
api neraka yang terbawah sekali".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab kuasa Allah mengeluarkan dari neraka
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِللهِ يُحَدِّثُ
عَنْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَّ اللهَ يُخْرِجُ قَوْمًا مِنَ النَّارِ بِالشَّفَاعَةِ
Dari Jabir bin Abdullah katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya Allah Taala
akan mengeluarkan suatu kaum dari dalam api neraka
semata-mata kerana syafaat".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab dua golongan isi neraka
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
صِنْفَانِ مِنْ اَهْلِ النَّارِ لَمْ اَرَ هُمَا بَعْدُ
نِسَاءٌ كَا مِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَا ئِلاتٌ
مُمِيلاتٌ عَلَى رُءُوسِهِنَّ اَمْثَالَ اَسْتِمَةِ
البُخْتِ المَائِلَةِ لا يَرَيْنَ الْجَنَّةَ
وَلا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَرِجَالُ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَاذْنَابِ الْبَقِرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ
 
Abu Hurairah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dua golongan orang dari isi neraka
yang belum pernah aku melihatnya. Perempuan yang berpakaian
dan telanjang (menutup setengahnya mendedahkah setengahnya atau
memakai pakaian yang nipis). Maka tidak mentaati Allah dan
menarik orang lain kepada keadaannya (sepertinya). Atas kepala
bagai bunggol unta khurasan. Mereka tidak akan melihat syurga
dan tidak mencium baunya. Orang lelaki yang memegang cambuk
seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya
Hadis sahih riwayat Ahmad dan Muslim
 
 
 
 Asal
Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006