<br />

AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

 
Bab rezeki
 
Bab jual beli dengan jujur
عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَالَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا
وَبَيَّنَا بُوْرِكَ لَهُمَا فِى بَيْعِهِمَا
 وَاِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا
Dari Hakim binHizam r.a. katanya :
Bersabda Rasululullah s.a.w. :
"Dua orang yang melakukan jual beli boleh memilih selama keduanya belum berpisah
Kalau dia berlaku jujur dan menjelaskan (baik buruk), keduanya beroleh berkat
dalam jual beli. Tetapi kalau dia berdusta dan menyembunyikan (cacat)
dihilangkan berkat jual beli itu."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab bersederhana dalam makan minum
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَللهُمَّ اجْعَلْ رِزْقَ الِ مُحَمَّدٍ قُوْتًا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa : "Ya Allah ! berikanlah rezeki keluarga Muhammad
makanan sekadar mengenyangkan"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab mensyukuri nikmat kehidupan yang ada
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا نَظَرَا أَحَدُكُم إِلَى مَنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ
فِى الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ اِلَى
مَنْ هَوَأسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلُ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya,
tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan
orang yang kurang daripadanya, disamping orang yang lebih daripadanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab mensyukuri nikmat yang ada
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اُنْظُرُوا إِلَى مِنْ أَسَّفَلَ مِنْكُمْ
وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ
فَهُوَ أَجْدَرُأَنْ لا تَزْدَارُوا نِعْمَةَ اللهِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perhatikanlah orang yang kurang daripada kamu
dan jangan hanya kamu perhatikan orang yang lebih daripada kamu
kerana dengan itu wajarlah kerana kamu tidak memandang sepi
nikmat Allah kepada kamu."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم
 وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ
 إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً
 ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ
 ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ
 بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ
 فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ
.فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ
 فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
رواه البخاري ومسلم
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :
Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan:
"Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari,
 kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari,
 kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari
 Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya roh
dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara:
 menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.
 Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya,
 sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya
 dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,
 dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.
 Sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya
 dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,
 dia melakukan perbuatan ahli syurga  maka masuklah dia ke dalam syurga.
 Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
 
Asal
  Hak Cipta Terpelihara. © Muhammad Khairi. 2006