AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

BAB SEDEKAH
 
 
Bab golongan yang mendapat perlindungan Allah
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 قَلَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
 سَبْعَةٌ يُظِلُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ اِلا ظِلِّهِ
اَلامَامُ الْعَادِلُ, وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ,
وَرَجُلٌ قَلـْهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ,
وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ,
وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ
فَقَالَ اِنِّى اَخَافُ اللهَ,
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخَفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمُ
يَمِيْنُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ ,
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tujuh golongan dilindungan Allah di hari yang tidak ada lindungan
selain lindunganNya :
Imam(pemerintah) yang Adil dan pemuda yang masa mudanya
dipergunakannya untuk beribadat kepada Allah,
dan seorang lelaki yang hatinya terikat ke masjid,
dan dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
dan seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan bangsawan dan jelita
tetapi lelaki itu menolak dengan mengucapkan :
"Sesungguhnya saya takut kepada Allah"
dan seseorang yang bersedekah dan disembunyikan
sehingga tangan kanannya tiada mengetahui apa yang nafkahkannya
oleh tangan kirinya
dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sendirian
lalu berlinangan air matanya."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab amalan yang baik
عَنْ عَبْدِاللهِ بْن عَمْرٍ
وَأَنَّ رَجُلا سأَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ
وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abdullah bin 'Amr, katanya :
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. katanya :
"Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Mendermakan makanan dan memberi salam kepada
orang yang engkau kenal dan belum engkau kenal."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab amalan yang mendapat pahala sedekah
 
عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي
وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ
قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ
إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً
وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ
وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ
قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ
فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا  
 
Dari Abu Dzar r.a. bahwa beberapa orang dari Sahabat berkata kepada Nabi s.a.w :
“Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah pergi dengan membawa banyak pahala.
Mereka solat seperti kami solat, mereka puasa seperti kami puasa,
dan mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.”
Beliau s.a.w. bersabda : “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian
sesuatu yang dapat kalian sedekahkan?
Sesungguhnya pada setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah,
dan salah seorang dari kalian bercampur (berjima’) dengan istrinya adalah sedekah.
” Mereka bertanya : “Wahai Rasulullah! Apakah jika salah seorang dari kami mendatangi syahwatnya
(bersetubuh dengan istrinya) maka ia mendapat pahala di dalamnya?”
Beliau menjawab : “Apa pendapat kalian seandainya ia melampiaskan syahwatnya pada yang haram,
bukankah ia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskan syahwatnya
pada yang halal, maka ia memperoleh pahala.”
 
Hadis riwayat Muslim
 
 
 
 
 
Asal
Hak cipta Muhammad Khairi. 2006