AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

 
BAB SOLAT
 
 
 
Bab membersih gigi sebelum solat
 
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَو لا أَنْ أَشُقُّ عَلَى المُؤْ مِنِيْنَ حَدِيثِ زُهَيْرٍ عَلَى أُمَّتِى
لأ مَرْتُهُمْ بِالسُّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab masbuq solat
عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَخَلَّفَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
وَتَخَلَّفْتُ مَعَهُ فَلَمَّا قَضَى حَاجَتَهُ قَالَ
أَمَعَكَ مَاءٌ فَأَتَيْتُهُ بِمَطْهَرَةٍ فَغَسَلِ كَفَّيْها وَوَجْهَهُ
ثُمَّ ذَهَبَ يَحْسِرُ عَنْ ذِرَاعَيهِ فَضَاقَ
كُمُّ الْجُبَّةِ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْجُبَّةَ
وَأَلْقَى الجُبَّةَ عَلَى مَنْكِبَيهِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيهِ
وَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَعَلَى
خُفَّيْهِ ثُمَّ رَكِبَ وَرَكِبْتُ فَانْتَهَيْنَا اِلَى القَومِ
وَقَدْ قَامُوا فِى الصَّلاةِ يُصَلِّى بِهِمْ عَبْدُالرَّحْمَنِ
بْنُ عَوْفٍ وَقَدْ رَكَعَ بِهِمْ رَكْعَةً فَلَمَّا أَحَسَّ
بِالنَّبِى صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم ذَهَبَ يَتَأَخَّرُ
فَأَوْ مَا اِلَيهِ فَصَلَّى بِهِمْ فَلَمَّا سَلّمِ قَامَ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَقَمْتُ فَرَكَعْنَا
الرَّكْعَةَ الَّتِى سَبَقَتْنَا
Dari Mughirah b Su'bah dari bapanya : "Bahawa beliau meletakkan
jubah itu dibahunya serta menyapu serbannya dengan air.
Kemudian Nabi s.a.w. naik ke atas kenderaannya dan akupun
naik pula. Setelah kami sampai rombongan kami yang telah
berjalan-jalan lebih dahulu, kami mendapati mereka itu sedang
sembahyang yang diimami oleh Abduurrahman bin 'Auf  pada
ketika itu telah sembahyang satu rakaat, dan takala Abdurrahman
mengetahui kedatangan Rasulullah s.a.w. , ia pun mundur ke belakang
dan Nabi s.a.w. memberi isyarat kepadanya supaya ia tetap
menjadi imam. Setelah imam itu memberi salam, kami menambah
satu rakaat yang ketinggalan".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab ragu kentut dalam solat
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ شُكِىَ اِلَى النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهُ يَجِدُ الشَّئَ فِى الصَّلاةِ قَالَ لا يَنْصَرِفُ
حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتَا أَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Dari Abbad bin Tamim dari pamannya, katanya : "Diberitahukan kepada
Nabi s.a.w. bahawasanya seseorang ragu-ragu sedang sembahyang,
apakah ia keluar angin atau tidak? Rasulullah s.a.w. menjelaskan :
"Jangan ia menghentikan sembahyangnya kecuali apabila didengarnya
suara atau tercium bau".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab Mengangkat Mata Untuk memandang Ke Langit Dalam Solat
 حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ
حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَرُوبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ
حَدَّثَهُمْ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَرْفَعُونَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِي صَلَاتِهِمْ
فَاشْتَدَّ قَوْلُهُ فِي ذَلِكَ حَتَّى قَالَ لَيَنْتَهُنَّ عَنْ ذَلِكَ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْ
Dari Anas bin Malik, katanya : "Nabi s.a.w. bersabda : "Bagaimanakah keadaan suatu kaum maksud :
Mengapa orang-orang itu tidak merasa takut iaitu mereka yang sama
mengangkat pandangan ke langit dalam solat meraka
yakni kalau bersembahyang suka sekali melihat ke atas",
Beliau s.a.w. mengeraskan suara di waktu menyabdakan kata-kata di atas itu,
sehingga pada akhirnya beliau s.a.w. bersabda :
"Mereka itu wajib menghentikan itu pastilah akan dibuat mata mereka".
Riwayat Bukhari
 
Bab Menoleh dalam solat
باب الالتفات في الصلاة
 
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ
قَالَ حَدَّثَنَا أَشْعَثُ بْنُ سُلَيْمٍ عَنْ أَبِيهِ
عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ الِالْتِفَاتِ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ
 
Dari Masruq, dari 'Aisyah katanya : "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
perihal menoleh di waktu mengerjakan solat". Beliau s.a.w. lalu bersabda :
"Itulah suatu sambaran cepat yang dilakukan syaitan untuk
menggoda disaat seorang hamba sedang solat".
Riwayat Bukhari
 
 
 [ Asal ] [  Teruskan ]
 

Sejak 2 Oktober 2006

Hak cipta © Muhammad Khairi. 2006