AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

 
BAB SOLAT 2
 
 
Bab ayat bacaan solat maghrib
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
 إِنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ سَمِعَتْهُ
وَهُوَ يَقْرَأُ وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا
 فَقَالَتْ يَا بُنَيَّ لَقَدْ ذَكَّرْتَنِي بِقِرَاءَتِكَ هَذِهِ السُّورَةَ إِنَّهَا لَآخِرُ مَا
 سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ بِهَا فِي الْمَغْرِبِ
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Bahawasanya Ummi Al Fadhi binti Harith mendengar anaknya membaca surah
وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا
lalu ia berkata : Hai anakku ! Engkau telah mengingatkan aku akan
bacaan Rasulullah s.a.w. ketika beliau membaca surat ini, iaitu surat
yang terakhir kudengar dari beliau yang dibacanya dalam solat maghrib"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab bacaan surah yang disyorkan ketika berjamaah
عَنْ جَابِرٍ أَنَّهُ قَالَ
 صَلَّى مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ الْأَنْصَارِيُّ لِأَصْحَابِهِ الْعِشَاءَ
فَطَوَّلَ عَلَيْهِمْ فَانْصَرَفَ رَجُلٌ مِنَّا فَصَلَّى
 فَأُخْبِرَ مُعَاذٌ عَنْهُ فَقَالَ إِنَّهُ مُنَافِقٌ
فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ الرَّجُلَ دَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَخْبَرَهُ مَا قَالَ مُعَاذٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَتُرِيدُ أَنْ تَكُونَ فَتَّانًا يَا مُعَاذُ إِذَا أَمَمْتَ النَّاسَ فَاقْرَأْ بِالشَّمْسِ
وَضُحَاهَا وَسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَاقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
Dari Jabir r.a. katanya :
"Muaz sembahyang mengimami kawan-kawannya pada sembahyang Isya
Oleh kerana bacaan Mu'az sangat panjang, maka salah seorang dari
makmum keluar dari saf lalu sembahyang sendiri. Keadaan ini  diberitahu
kepada Mu'az , lalu berkata : "Sesungguhnya orang itu munafiq."
Takala orang itu mendengar kabar bahawa ia ternoda, ia datang mengadu
kepada Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w. pun berkata kepada Mu'az:
"Apakah engkau mahu jadi tukang fitnah?" . "Kalau engkau jadi imam
cukup dengan membaca :
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
atau
 سَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
atau
 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ
atau
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 [ Asal ] [ Sebelum ] [ Teruskan ]
 

Sejak 2 Oktober 2006

Hak cipta Muhammad Khairi. 2006