AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

BAB SOLAT SUNAT (2)

 
Bab solat dan khutbah gerhana
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
 خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يُصَلِّي فَأَطَالَ الْقِيَامَ جِدًّا ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ جِدًّا
 ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَأَطَالَ الْقِيَامَ جِدًّا وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ
 ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ جِدًّا وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ
 ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ
ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ
ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ
ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ
 ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَقَدْ تَجَلَّتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ
ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ
وَإِنَّهُمَا لَا يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ
 فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَكَبِّرُوا وَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
 يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ إِنْ مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرَ مِنْ اللَّهِ
 أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ
وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا وَلَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Terjadi gerhana matahari pada masa Rasululullah s.a.w.
Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri mengerjakan sembahyang dan sangat lama
berdirinya. Sesudah itu beliau rukuk dan sangan lama rukuknya
Sesudah itu beliau mengangkat kepalanya dan berdiri kembali sangat lama
tetapi tidak selama berdiri yang pertama. Kemudian beliau rukuk lagi dan
sangat lama rukuknya, tetapi tidak selama rukuk yang pertama
kemudian beliau sejud kembali dan kembali berdiri dan lama berdirinya,
tetapi tidak selama berdiri yang pertama. Sesudah itu beliau rukuk dan lama
rukuknya tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Sesudah itu beliau
mengangkat kepalanya kembali dan berdiri dan sangat lama berdirinya
tetapi kurang dari berdiri yang pertama. Kemudian beliau sujud
Kemudian beliau selesai sembahyang dan mata hari telah terang benderang.
Lalu beliau berkhutbah kepada orang banyak memuji Allah dan
menyangjungNya. Kemudian beliau mengatakan : 
"Bahawa matahari dan bulan ini termasuk tanda-tanda kekuasaan Allah
Keduanya gerhana bulan bukan disebabkan kerana kematian seseorang
dan bukan kerana kelahirannya
Sebab itu apabila kamu melihat kedua gerhana takbirlah memohonlah kepada Allah
sembahyanglah dan bersedekahlah kamu ! Hai umat Muhammad ! Tidak ada seorang pun
yang lebih cemburu dari Allah, bahawa hamba sahaya laki-laki
dan hamba sahaya perempuannya berbuat zina.
Hai ummat Muhammad!
Demi Allah! Kalau seandainya kamu mengetahui apa yang kuketahui
nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.
Ketahuilah, aku telah menyampaikan"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab Mengerjakan Solat Witir dalam Perjalanan
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ بْنُ أَسْمَاءَ
عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُصَلِّي فِي السَّفَرِ عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ بِهِ
يُومِئُ إِيمَاءً صَلَاةَ اللَّيْلِ إِلَّا الْفَرَائِضَ وَيُوتِرُ عَلَى رَاحِلَتِهِ
 
Dari Juwairiyah bin Asma' dari Nafi' dari Ibnu Umar katanya :
"Nabi s.a.w. itu bersolat dalam perjalanan  di atas kenderaan, ke arah manapun yang dihadapi oleh kenderaan,
ke arah manapun yang diambil oleh kenderaannya, maka ke situ pulalah ia menghadap sambil mengisyaraatkan sebagai pengisyaratan solat. Ini beliau s.a.w. lakukan untuk selain solat yang difardhukan.
Jadi hanya dalam solat-solat sunah saja. Beliau s.a.w. juga berwitir do atas kenderaannya"
 
Riwayat Bukhari
 
Bab saat melakukan witir
حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ
قَالَ حَدَّثَنِي مُسْلِمٌ عَنْ مَسْرُوقٍ
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُلَّ اللَّيْلِ أَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحَرِ
Dari 'Amasy katanya: "Aku diberitahu oleh Muslim bn Masruq dari Aisyah, katanya :
"Pada setiap malam Rasululllah s.a.w. itu melakukan solat witir
dan witir itu selesai sampai menjelang waktu sahur yakni kurang sedikit lagi
masuklah waktu subuh atau pada ujung malam".
Riwayat Bukhari
 
Bab Nabi s.a.w. Membangunkan Isterinya supaya mengerjakan solat witir
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ
قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُصَلِّي وَأَنَا رَاقِدَةٌ مُعْتَرِضَةً عَلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يُوتِرَ أَيْقَظَنِي فَأَوْتَرْتُ
Dari Yahya, katanya : "Kami diberitahu oleh Hisyam katanya :
"Ayahku memberitahukan kepadaku dari 'Aisyah katanya :
"Nabi s.a.w. tidur adn aku pun tidur pula sambil melintang di hamparannya.
Jikalau beliau s.a.w. hendak mengerjakan solat witir,
lalu membangunkan aku, kemudian akupun bersolat witir".
 
 Asal
 
Hak Cipta terpelihara © Muhammad Khairi. 2006