AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 

BAB SYURGA

 

Bab masuk syurga setelah disiksa dalam neraka

عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا
 فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَ
وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ
 بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْ
فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً
 حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ
فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ
ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْ
فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ

Dari Abu Said, katanya :
 " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi,
selamanya tidak akan mati dan sentiasa  hidup menderita.
Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar dosanya,
kemudian di matikan, setelah menjadi arang,
datanglah pembelaan.
 Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok
lalu diseahkan kepada sungai syurga,
kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya
menyelamkan dan meratakan air atas tubuh kaum itu.
 Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu
seperti tumbuhnya jenis-jenis biji
 yang terdampar dibawa oleh air bah."

Hadis sahih riwayat Muslim

 
 
Bab peluang terakhir memasuki syurga
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى عَنِ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
يَدْ خُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَاَهْلُ النَّارِ
النَّارَ. ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا
مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ
مِنْ اِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا وَقَدِ اسْوَدُّوا
فَيُلْقَونَ فِى جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا
تَخْرُجُ مَفْرَاءَ مَلْتَوِيَةً. قَالَ وَهَبٌ
حَدَّثَنَا عَمْرُو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ
Dari Abu Sa'id Al Khudri dari Nabi s.a.w. bersabda :
"Para ahli syurga memasuki syurga dan para ahli neraka memasuki neraka
pada hari kiamat nanti, kemudian Allah Taala berfirman kepada malaikat
penjaga neraka : "Keluarkanlah setiap orang yang di dalam hatinya ada
keimanan sekalipun seberat timbangan sebiji sawi. Orang tersebut
lalu dikeluarkan dari neraka, sedangkan tubuh mereka sudah menjadi
hitam pekat semuanya. Mereka lalu dimasukkan dalam sungai yang
dinamakan Nahrul Haya (Sungai Kehidupan) . Malik iaitu salah seorang
yang meriwayatkan hadith ini merasa ragu-ragu nama sungai itu,
apakah haya atau hayat. Orang orang tadi kemudian tumbuh
menjadi manusia semula, sebagaimana tumbuh biji yang ada disamping
air bah. Adakah kamu tidak mengetahui bahawa biji itu tumbuhnya
dengan mengeluarkan batang yang berwarna kuning dan akhirnya berdaun
rendang? Wuhai berkata : "Kami diberitahu oleh Amr bahawa nama sungai itu
hayat dan ia berkata pula dengan perubahan khardal min khair
(maknanya sebiji sawi dari kebaikan, bukan sebiji sawi keimanan)
Hadis sahih riwayat Bukhari
 
 
 

Bab roh syuhada di syurga

عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ سَأَلْنَا عَبْدَاللهِ عَنْ هَذِهِ
الَايَةِ وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ قُتِلُوا فِى سَبِيلِ اللهِ
أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْزُقُونَ
قَالَ أَمَا إِنَّا قَدْ سَأَلَنَا عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ اَروَاحُهُمْ
فِى جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ لَهَا قَنَا دِيلُ مُعَلَّقَةٌ
بِالْعَرْشِ تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ
ثُمَّ تأْوِى إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيْلِ فَا طَّلَعَ إِلَيْهِمْ
رَبُّهُمْ إِطِّلاعَةً
فَقَالَ هَلْ تَشْتَهُوْنَ شَيْئًا قَالُوا أَيَّ شَئٍ نَشْتَهِى
وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا
فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلاثَ نَرَّاتٍ فَلَمَّا رَأَوْا اَنَّهُمْ
لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا قَالُوا يَارَبِّ
نُرِيْدُ أَنْ تَرُدَّا رَوْاحَنَا فِى أَجْسَادِ نَا حَتَّى
نُقْتَلَ فِى سَبِيْلِكَ مَرَّةً أُخْرَى فَلَمَّا رَأْىَ
أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ تُرِكُوا
Dari Masruq r.a katanya :
"Kami menanyakan kepada Abdullah tentang pengertian ayat :
"Janganlah kamu anggap orang yang mati terbunuh di jalan Allah
itu orang mati, Tidak! Mereka orang-orang hidup, memperoleh
rezeki daripada Tuhannya" (Al Imran : 169)".
Abdullah menjawab : "Sesungguhnya kami telah menyanyakan hal itu
(kepada Nabi) dan beliau menjawab : "Arwah mereka dalam
rongga burung yang berwarna hinau mempunai kandil (lampu)
yang tergantung di 'Arasy. Bebas pergi ke mana-mana dalam
syurga, sekehendaknya. Kemudian dia pulang kembali ke dalam
kandil tadi. Tuhan memerhatikan mereka pada satu kali dan
menanyakan : Adakah lagu sesuatu yang kamu inginkan?"
Mereka menjawab : "Apakah lagi yang kami inginkan,
sedangkan kami bebas pergi ke mana-mana dalam syurga
sekehendak hati kami. Tuhan mengulang pertanyaan sampai
tiga kali. Setelah mereka mengetahui, bahawa mereka tetap
akan ditanyai, mereka menjawab : "Ya Tuhan! Kami ingin supaya
Engkau kembalikan arwah kami ke dalam tubuh kami, sampai
 kami mati terbunuh sekali lagi dalam perjuangan di jalan
Engkau." Setelah Tuhan mengetahui, bahawa mereka tiada
mempunyai keinginan lain, mereka tidak ditanyai lagi."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab melihat Allah dalam syurga
عَنْ اَبِى هُرَيرَةَ أَنْ نَا سًا قَالُوا لِرَسُولِ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَا رَسُولَ اللهِ هَلْ نَرِى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
هَلْ تُضَارُّونَ فِى رُؤيَةِ القَمَرِلَيْلَةَ الْبَدْرِ
قَالُوا لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ
فِى الشَمْسِ لَيسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لا
يَا رَسُولَ اللهِ قَالُ فَاِنَّكُم تَرَوْنَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bertanya orang banyak
kepada Rasulullah s.a.w. : Apakah kami akan melihat Zat Allah
di hari kiamat kelak ya Rasulullah? Jawab beliau : "Apakah kamu
terhalang memandang bulan purnama raya? Jawab mereka itu :
"Tidak !". Berkata pula Rasulullah s.a.w. "Adakah kamu sukar
melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka
itu : "Tidak tuan!""Maka berkata Rasulullah s.a.w. : "Demikianlah
jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
كَذَلِكَ يَجْمَعُ اللهُ النَّاسَ يَومَ القِيَّامَةِ
فَيَقُولُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئاً فَلْيَتَّبِعْهَ فَيَتَّبِعُ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيْتَ الطَّوَاغِيْتَ
وَتبْقَى هَذِاهِ الامَّةُ فِيْهَا مُنَافِقُوهَا
Kemudian Rasulullah s.a.w.meneruskan perkataannya, kata beliau :
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia
lalu bertitah : "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang
disembahnya didunia" Mendengar itu maka penyembah matahari
mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja
thoghut mengikut thoghut  dan di dalam rombongan mu'min
(yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِى صُورَةِ
غَيْرِ صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ
فَيَقُولُونَ نَعُوذً بِاللهِ مِنْكَ هَذَا مَكَانُنَا
حَتَّى يَأتِيَنَا رَبَّنَا فَاِذَا جَاءَ رَبَّنَا عَرَفْنَاهُ
Kemudian Allah taala datang kepada mereka itu dengan wajah
yang tidak dikenal, lalu berkata : "Aku Tuhanmu." Maka
jawab mukminin : "Kami berlindung kepada Allah dari
godaanmu!" Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum
datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang
kepada kami, dapat kami mengenalNya."
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ وَتَعَالَى فِى صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ
فَيَقُولَ أَنْا رَبُّكُم فَيَقُولُ أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ
وَيُصْرِبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَى جَهَنَّمَ فَاَكُونُ
أَنَا وَأُمَّتِى أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ وَلا يَتَكَلَّمَ يَوْ مَئِذٍ
اِلا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ
اللَّهًمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ وَفِى جَهَنَّمَ كَلالِيبُ مِثْلُ شَوكِ
السًّعْدَانِ هَلْ رَأَيْتُمُ السًّعَدَانَ قَالُوا نَعَمْ
يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ
غَيْرَ أَنَّهُ لا يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا اِلا اللهُ
تَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ المُوْمِنُ
بَقِىَ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ النُجَازَى
Setelah itu Allah taala datang kepada mereka dengan rupaNya
yang dikenal oleh orang-orang Mu'min itu, lalu berkata :
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mu'min : "Benar,
Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya"
Berkata pula Rsulullah s.a.w. "Nun disana di atas api neraka
dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama-tama
menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan
berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-rasul
ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi
melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan."
Kata Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat yang hadir :
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?" Jawab mereka :
"Ya !" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu,
hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan
mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa
masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya
dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.
حَتَّى إِذَا فَرَغَ اللهُ مِنَ القَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَأَرَادَ اَنْ يُخْرجَ بِرَحْمَتِهِ
مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ المَلائِكَةَ
أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ لا يُشْرِكُ
بِاللهِ شَيْئًا
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan
berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan
rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk
mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia
mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.
مِمَّنْ أَرَادَ اللهُ تَعَالَى أَنْ يَرْحَمَهُ مِمَّنْ يَقُولُ
لا اِلهَ الا الله فَيَعْرِفُو نَهُمْ فِى النَّارِ
يَعْرِفُونَهُم بِأَثَرِ السُّجُودِ تَأكُلُ النَّارُ
مِنَ ابْنِ آدَمَ اِلا أَثَرَ السُّجُودِ حَرَّمَ
اللهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
فَيَخْرُجُوْنَ مِنَ النَّارِ
Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itupun dapat mengenal
orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah"
dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan
api neraka.
وَقَدِ امْتَحَشُوا فَيُصَبُّ عَلَيْهِمْ مَاءُ الْحَيَاةِ
فَيَنْبُتُونَ مِنْهُ كَمَا تَنْبُتُ الحِبَّةُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam
keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing
air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti
tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
ثُمَّ يَفرُغُ اللهُ تَعَالَى مِنَ الْقَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَيَبْقَى رَجُلٌ نُقْبِلٌ بِوَجْهِه عَلَى النَّارِ
وَهُوَ آخِرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ قَيَقُولُ
أَىْ رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِى عَنِ النَّارِ فَاِنَّهُ
قَدْ قَشَبَنِى رِيْحُهَا وَاَحْرَ قَنِى ذَكَاؤُهَا
فَيَدْ عُو اللهَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَدْ عُوَهُ
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih
tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka
dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada
Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh aar mukanya
dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan
nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya.
Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya
ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى هَل عَسَيْتَ
إِنْ فَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ
أَنْ تَسأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا أَسْأَلُكَ عَيْرَهُ
وَيُعْطِى رَبَّهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ
مَا شَاءَ اللهُ فَيَصْرِفُ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّار
فَاِذَا أَقْبَلَ عَلقى الْجَنَّةِ وَرَآهَا سَكَتَ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ
Kemudian Allah berkata kepadanya "Kalau Aku kabulkan
permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu : "Tidak!" dan ia berjanji keras kepada Allah
bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan
orang itupun dikabulkan Allah taala. Setelah terlihat olehnya
kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama
ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ قَدِمْنِى اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
فَيَقُولُ اللهُ لَهُ الَيْسَ قَدْ أَعْطَيْتَ عُهُودَكَ
وَمَوَا ثِيْقَكَ لا تَسْأَلُنِى غَيْرَ الَّذِى أَعْطَيْتُكَ
وَيْلَكَ يَاابْنَ آدَمَ مَا أغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ
وَيَدْعُو اللهَ حَتَّى يَقُولَ لَهُ فَهَلْ عَسَيْتَ
اِنْ أَعْطَيْتُكَ
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan
ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya ;" Bukankah engkau
telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi?" Celaka anak
Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun bermohon
kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah
permohonannya lagi.
  ذَلِكَ أَنْ تَسْأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا وَعِزَّتِكَ
فَيُعْطِى رَبَّهُ مَا شَاءَ اللهُ مِنْ عُهُودٍ
وَمَوَا ثِيْقَ فَيُقَدّنُهُ اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya
kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia
bermohon kepada Allah agar dapat disampaikan kepintu syurga.
فَاِذَا قَامَ عَلَى بَابِ الْجَنّةِ انْفَهَقَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
فَرَأَى مَا فِيْهَا مِنَ الْخَيْرِ وَالسُّرُورِ فَيَسْكُتُ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ
أَدْخِلْنِى الْجَنَّةَ فَيَقًولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلَى
لَهُ أَلَيْسَ قَدْ أُعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ
أَنْ لا تَسْأَلَ غَيْرَ مَا أُعْطِيْتَ وَيْلَكَ يَاابْنَ
آدَمَ مَا أَغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ لا أَكُونُ
أَشْقَى خَلْقِكَ فَلا يَزَالُ يَدْعُو اللهَ
حَتَّى يَضْحَكَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلى مِنْهُ
فَاِذَا ضَحِكَ اللهُ مِنْهُ قَالَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ
Setelah ia tiba disana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya,
dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan
yang ada didalamnya. Ia tercengang ta'jub dab terpaksa tak dapat
berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar
dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji
yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!
kata Allah taala kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan kiranya
hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya.
Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah
Allah taala seraya bertitah : "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"
فَاِذَا دَخَلَهَا قَالَ اللهُ لَهُ تَمَنَّهْ فَيَسْأَلُ رَبَّهُ
وَيَتَمَنَّى حَتَّى اَنَّ اللهَ لَيُذَكِّرُهُ مِنْ كَذَا وَكَذَا
حَتَّى اِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَ مَا نِىُّ
قَالَ اللهُ تَعَلَى ذلِكَ لَكَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah :
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja
keinginanmu!" Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai
permintaan dan mencita-cita bermacam-macam keni'matan
sehingga Allah taala memperingatkannya kepada soal-soal
yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya.
Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah
Allah taala kepadanya: "Ni'matilah kemewahan yang telah ada
ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai ni'mat
sebanyak itu pula.
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab keluasan syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِنِّى لأَ عْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا
وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولا ً الْجَنَّةَ رَجُلٌ
يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا
فَيَقُولُو اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى
لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيَهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْ تُهَا
مَلأَى فَيَقُولُ اللهُ تَبَرَكَ وَتَعَالَى
لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتَهَا مَلأَى
فَيَقُولُ اللهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ
فَاِنَّ لَكَ مِثلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا
أَوْ اِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا
قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُبِى أَوْ أَتَضْحَكَ بِى
وَأَنْتَ المَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَايْتُ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ
يَقُولُ ذَاكَ أَدْ نَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةُ
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. "Saya mengetahui orang yang
terakhir keluar dari neraka dan terakhir pula masuk syurga;
iaitu seorang lelaki keluar dari api neraka sambil merangkak.
Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah engkau masuk syurga!"
Orang itu pun segera berjalan . Sesampai di sana, dilihatnya
seolah-olah syurga telah penuh sesak, orang itu lalu kembali
kepada Allah dan berkata : "Ya Allah! hamba dapati syura itu
telah penuh sesak, " Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah
masuk! Orang itu kembali lagi dan dilihatnya masih dalam
keadaan penuh, kerana itu ia kembali pula mengadap Allah
menceritakan keadaannya seperti semula. Demikianlah orang
itu pulang pergi berkali-kali antara syurga dan hadrat Allah
taala. Akhirnya berkata Allah kepadanya : "Masuklah engkau
ke dalam syurga ini! Untukmu seluas dunia dan ditambah
sepuluh kali seluas dunia ". Maka orang itu berkata : "Apakah
Tuhanku mengejek hamba? Sedang Tuhanku Raja". Kata
Abdullah : "Saya lihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga nampak
gerahamnya seraya berkata : "Orang itulah yang dikatakan
penghuni syurga yang terendah darjatnya".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
عَنْ انس بن مالك قال قال
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
آتِى بَابَ الْجَنَّةِ يَومَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتَفْتِحُ
فَيَقُولُ الْخَازِنُ مَنْ اَنْتَ فَأَقُولُ مُحَمَّدٌ
فَيَقُولُ بِكَ أُمِرْتُ لا أَفْتَحُ لا حَدِ قَبْلَكَ
Dari Anas bin Malik , katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Pada hari kiamat nanti saya
datang ke pintu syurga lalu minta dibukakan. Maka kata
penjaga pintunya : "Siapakan engkau?" Jawabku : "Muhammad"
maka kata penjaga itu : "Tuanlah yang saya tunggu-tunggu dan
tidaklah dapat ku bukakan kepada orang lain sebelum tuan".
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab syahadah
عَنْ عُثْمَانَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لا اله الا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ
Dari Usman bin Affan r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa mati dalam keadaan yakin kepada tujuan syahadat itu
akan masuk syurgalah dia."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab Amal yang mendekati syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Melihat Allah di Syurga
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ قُلتُ لابِى ذَرٍّ لَورَأَيْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لَسَأَلْتُهُ فَقَالَ عَنْ أَىِّ شَىْ ءٍ كُنْتَ تَسْأَلُهُ
قَالَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ
قَالَ أَبُو ذَرِّ قَدْ سَأَلْتُ فَقَالَ رَأَيْتُ نُورًا
Dari Abdullah bin Syaqiq katanya :
"Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
nescaya kutanyakan kepada beliau satu soalan
Kata Abu Zar : "Tentang apa?" Jawab Abdullah :
"Apakah tuan melihat Allah? Kata Abu Zar:
"Itu pernah kutanyakan kepada beliau
dan dijawabnya : "Saya hanya melihat cahaya (nur)."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
Bab Nabi pertama masuk syurga
 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
 النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَا أَوَّلَ شَفِيعٍ فِى الْجَنَّةِ لَمْ يُصَدُّقْ نَبِىٌّ مِنَ الانْبِيَا
مَا صُدِّقْتُ وَاِنَّ مِنَ الانْبِيَاءِ نَبِيًّا
مَا يُصَدِّقُهُ مِنْ أُمَّتِهِ اِلا رَجُلٌ وَاحِدٌ
Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sayalah pembela yang pertama di dalam syurga kelak,
tidak ada seorang Nabi pun yang mendapat pengikut sebanyak pengikutku,
bahkah ada Nabi yang hanya mempunyai seorang perngikut saja."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab penghasut terhalang ke syurga
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Dari Huzaifah r.a. katanya :
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Bab  menyekutukan Allah tidak masuk syurga
 عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ

فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ
Dari Jabir r.a. katanya :
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif

Jawab baginda (s.a.w.) :

"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab membanyakkan sujud ke syurga
عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ لَعْبٍ الا سْلَمِىُّ قَالَ لُنْتُ أَبِيْتُ مَعَ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ
فَقُلْتُ أَسْأَلُلَ مُرَافَقَتَلَ فِى الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِلَ قُلْتُ
هُوَذَالَ قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِلَ بِلَثْرَةِ السُّجُودِ
Dari Rabi'ah bin Ka'ab katanya :
"Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w.
saya bawa kepada beliau air untuk berwudhu' dan hajatnya yang lain,
waktu itu beliau berkata :
"Ajukanlah permintaanmu kepadaku!"
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga."
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?"
Saya jawab : "Itu sajalah"
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri
dengan memperbanyakkan sujud!"
Hadis sahih riwayat Muslim
 
 
 
Asal  

Hak Cipta Muhammad Khairi . 2006