AL HADITH
Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
Pengenalan Aqidah Ibadah Syariah Akhlak
BAB MEMBACA AL QURAN
 
Bab sujud tilawah
عَنْ عَبْدِالله عنَّ النَّبِى صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنه قَرَأَ وَالنَّجْمِ فَسَجَدَ فِيْهَا وَسَجَدَ مَنْ كانَ مَعَهُ
غَيْرَأنْ شَيْخًا أَخَذَ كَفَّا مِنْ حَصى أَوْ تُراَبٍ
فَرَفَعَهُ الَى جَبْهَتِهِ وَقَالَ يَكْفِيْى هذا
قَالَ عَبْدُالله لَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدُ قُتِلَ كافزًا
 
Dari Abdullah, katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah An Najmi
lalu sujud tilawah dan ma'mum pun sujud pula kecuali seorang tua;
 ia mengambil segengam kerikir atau tanah dan di angkatnya
ke dahinya sambil berkata : cukulah ini. Kata Abdullah,
sesungguhnya kemudian beberapa lama orang tua itu saya lihat
mati terbunuh dalam kekafiran
Hadis sahih riwayat  Muslim
 
 
Bab makanan jin
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ أَتَانِي دَاعِى الجِنِّ فَذَهَبْتُ مَعَهُ
فَقَرَأْتُ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنَ
قَالَ فَانْطَلَقَ بِنَا فَأَرَانَا آثَارَهُمْ وَآثَارَ نِيرَانِهِمْ
وَسَأَلُوهُ آلزَّادَ فَقَالَ لَكُم كَلُّ عَظْمٍ ذُكِرَ آسْمُ الله عَلَيْهِ
يَقَعُ فِي أَيْدِ يْكُمْ اَوْ فَرَمَايَكُوْنُ لَحْمًا
وَلُلُّ بَعْرَةٍ عَلَفٌ لِدَوَابِّكُمْ
فَقَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
فَلا تَسْتَنْجُوا بِهِمَا
فَإِ نَّهُمَا طَعَامُ إِخْوَا نِكُمْ
Dari Ibnu Mas'ud, sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Aku pernah didatangi oleh tukang serunya jin,
lalu aku pergi bersama dia, kemudian aku bacakan mereka ayat Al Quran"
Ibnu Mas'ud berkata : "Lalu Nabi s.a.w. pergi bersama kami dan
memperlihatkan kepada kami bekas-bekas mereka dan bekas-bekas api mereka
dan mereka minta perbekalan kepada Nabi s.a.w.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda :
"Semua tulang (dari binatang yang disembelih) dengan menyebut nama Allah
atasnya adalah untuk kamu
Tulang yang ditangan kamu itu adalah penuh dengan daging
dan tiap-tiap kotoran adalah makanan untuk ternakmu
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda kepada kami :
"Oleh kerana itu kamu jangan berkongsi dengan keduanya
kerana keduanya makanan saudara-saudara kamu"
Hadis riwayat Ahmad dan Muslim
 
 
  Asal
Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006