AL HADITH
الحديث

Web Himpunan Hadith-hadith Sahih
Matan dan Terjemahan Bahasa Melayu
Oleh : Muhammad Khairi

 
 
Web Himpunan Hadith-hadith sahih untuk rujukan umat Islam khusus dunia Melayu
 
  'Ibadah  online / ditalian
Bersuci
Bersuci - Istinja'
Bersuci - Janabah
Bersuci - Wudhu'
Bersuci - Haid
Bab Azan
Solat Fardhu
Solat Jumaat
Solat Berjamaah
Solat Sunat
Puasa Fardhu
Puasa Sunat
Zakat
Sedekah
Haji
Umrah
Jihad
Berdoa
'Itikaf
Amalan Soleh
 
Bab perkara yang menyebabkan menemani Nabi s.a.w.
 عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ كَعْبٍ الا سْلَمِتُى
قَالَ كَنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَأَتَيتُهُ بِوُضُوئِهِ وِحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ
فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِى الْجَنَّةِ
قَالَ أَوْ غَيْرَ ذلِكَ قُلْتُ هُوَذاكَ
قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِكَ بِكَثَرَةِ السُّجًودِ
Dari Rabiah bin Kaab katanya :
Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w. saya bawa air
kepada beliau untuk berwudhu' dan hajat yang lain,
waktu itu beliau berkata :
Ajukanlah permintaanmu kepadaku
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga:
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?"
Saya jawab : "Itu sajalah" . Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri
dengan membanyakkan sujud".
 
Hadis sahih riwayat Muslim
 
Bab Wajibnya solat berjamaah
 باب وجوب صلاة الجماعة
وَقَالَ الْحَسَنُ إِنْ مَنَعَتْهُ أُمُّهُ عَنْ الْعِشَاءِ فِي الْجَمَاعَةِ شَفَقَةً لَمْ يُطِعْهَا 
 
 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ الْعِشَاءَ
 
Al-Hasan berkata, "Apabila seseorang dilarang oleh ibunya mendatangi solat isya dengan berjamaah karena kasihsayangnya, maka hendaklah dia tidak menaatinya."
 
 Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Zat yang diriku berada dalam genggamanNya (di bawah kekuasaan-Nya). Sungguh aku bermaksud untuk memerintahkan mengumpulkan kayu bakar dan saya memerintahkan untuk solat lalu diazani (dalam satu riwayat: ditegakkan ) solat Kemudian saya menyuruh seseorang untuk mengimami manusia dan saya mendatangi rumah orang-orang yang tidak menghadiri solat jamaah, lalu saya bakar rumah mereka. Demi Zat yang diriku berada dalam genggamanNya, seandainya seseorang mengetahui bahwa dia mendapat tulang yang gemuk (banyak dagingnya) atau mendapat dua paha kambing yang baik, niscaya ia menyaksikan (ikut berjamaah) isya."
 
Riwayat Bukhari
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sejak 2 Oktober 2006

Hak cipta © Muhammad Khairi. 2006